Followers

Thursday 2 February 2012

Latihan 1 tatabahasa ( simpulan bahasa)

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.

1.      Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
  1.   ?    buah mulut
  2.   ?    buah hati
  3.   ?    buah tangan
  4.   ?    buah fikiran
2.      Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
  1.   ?    mati kutu
  2.   ?    mati lemas
  3.   ?    mati katak
  4.   ?    mati syahid
3.      Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
  1.   ?    air muka
  2.   ?    darah daging
  3.   ?    gaji buta
  4.   ?    titik peluh
4.      Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
  1.   ?    gelap mata
  2.   ?    mulut tempayan
  3.   ?    kepala angin
  4.   ?    cepat tangan
5. Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
  1.   ?    cahaya mata
  2.   ?    banyak mulut
  3.   ?    hidung tinggi
  4.   ?    tahi lalat

No comments:

Post a Comment