Followers

Tuesday 27 March 2012

Sidang Video

Latihan 9

PENGAJARAN BERBANTUKAN SIDANG VIDEO
Sidang video (telepersidangan video atau telekonferens video) merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di antara dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua hala secara serentak.
Sidang video juga telah dirujuk sebagai kerjasama pandang dan merupakan sejenis perisian kumpulan.
 Sidang video berbeza dari videofon  kerana ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu.
Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling.
Pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini.
 Telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi
JENIS PERSIDANGAN VIDEO
i. Banyak ke banyak
ii. Satu ke banyak
iii. Satu ke satu

CONTOH PENGGUNAAN SIDANG VIDEO

    * Pendidikan
    * Pembentangan (Presentations )
    * Perkongsian kerja antara
    * Penyelidik
    * Berkomunikasi
    * Teleperubatan
    * Mesyuarat

Kelebihan sidang video
1.      Mengurangkan kos dan menjimatkan masa
2.      Membuat keputusan dengan cepat dan spontan
3.      Mempertingkat komunikasi
4.      Penambahbaikan terhadap kualiti pengajaran
5.      Mengeratkan hubungan guru dan murid
Kelemahan sidang video
1.      Kemudahan teknologi, perkakasan dan perisian yang mahal.
2.    Merupakan satu ancaman kerana kurang pengalaman untuk menceburkan diri dalam teknologi baru ini.

Thursday 9 February 2012

cerita kanak-kanak



Berdasarkan video di atas, anda di minta enceritakan semula peristiwa yang telah anda lihat. karangan anda tidak kurang daripada 120 perkataan.

Tuesday 7 February 2012

pantun kanak-kanak





Senaraikan  semula pantun yang terdapat dalam video di atas :

  1. .................................................................................
  2. .................................................................................
  3. ...............................................................................
  4. ...............................................................................











iklan nasihat



Berdasarkan video yang telah anda lihat, sila berikan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam iklan tersebut.

  1.  .............................
  2.  .............................
  3.  .............................
  4.  .............................
  5.  .............................

Thursday 2 February 2012

latihan 5 ( karangan surat tidak rasmi)



Tajuk : Balas surat sahabat pena yang ingin berkunjung ke negara anda untuk melawat suatu tempat pelancongan yang menarik.
( Alamat , tarikh dan tandatangan hendaklah ditulis sebelah kiri 

latihan 4 ( karangan autobiografi)

Tuliskan sebuah karangan yang bertajuk 'Aku Sebuah Basikal.


Latihan 3 (melengkapkan ayat)

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.

1. Puan Leha telah melahirkan aseorang ___________ pada minggu lalu.

A. anak emas
B cahaya mata
C anak angkat
D anak tunggal

2. Walaupun kembar, __________ mereka amat berbeza.

A air muka
B mata air
C cahaya mata
D makan hati

3. Yee Ying yang ____________ itu tidak henti-henti bercakap semenjak pulang dari bercuti.

A murut murai
B berat mulut
C cakap besar
D murut tempayan

4.      Semasa mel;awat rakan di hospital, kita digalakkan membawa _____________.

A buah hati
B anak buah
C buah tangan
D buah mulut

5.      Abang saya amat meminati bola sepak walaupun dia _____________.

A besar hati
B kaki judi
C kaki bangku
D hidung tinggi

Latihan 2 kefahaman



Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya
Gopal : Eh, awak ingat lagi tak tentang berita manusia ditelan ular sawa tempoh hari!
Samat : Mestilah Sampai sekarang saya masih terbayang-bayang gambar yang tersiar
dalam akhbar tu. Eee............ngerinya!
Chan : Tapi yang peliknya, lepas kejadian tu tak putus-putus keluar cerita tentang ular sawa
dalam akhbar. Ular sawa telan ayamlah, telan kambinglah, dan macam -macam lagi
Samat : Apa yang peliknya, Chan Memanglah berita sensasi macam tu disukai oleh orang
ramai Jadi wartawan pun jalankanlah tugas mereka untuk mencari cerita -cerita sedemikian!
Gopal : Agaknya tak lama lagi ada pula berita tentang ular sawa telan gajah. Haa. masa tu
barulah heboh satu dunia! Adakah awak tahu ular sawa merupakan sejenis haiwan yang
dilindungi?
Samat : Tahu. baru semalam Cikgu Lina beritahu
Gopal : Yalah, selama ni saya tak tahu pun yang kita boleh didakwa jika mencedera atau membunuh ular.
Chan : Hukumannya berat juga Kita boleh kena denda hingga RM3 000 atau penjara!
Samat : Dan boleh juga dikenakan kedua-duanya sekali!
Gopal : Kalau macam tu, bila jumpa ular sawa cepat -cepatlah lari Jangan cuba-cuba nak pukul atau bunuh!
Chan : Kenapa? Kamu takut ke?
Samat : Awak ni tak faham ke, Chan? Nanti terlepas masuk mulut ular sawa, awak kena masuk penjara pula!

1. Apakah maksud kata-kata Samat, 'Eee....ngerinya' dalam petikan di atas?

a)     Bayang-bayang ular sawa menelan manusia
b)     Dia terbayang kenangan ular sawa menelan manusia
c)     Gambar ular sawa menelan manusia yang tersiar dalam akhbar
d)     Kejadian ular sawa menelan manusia yang dilihat oleh Gopal.

2. Perkataan 'sensasi' dalam petikan di atas sesuai digantikan dengan perkataan

a)     menakutkan
b)     menggemparkan
c)     menghairankan
d)     menyeronokkan

3. Semua berita berikut telah tersiar dalam akhbar kecuali

a)     ular sawa menelan gajah
b)     ular sawa menelan kambing
c)     ular sawa menelan ayam
d)     ular sawa menelan manusia


4 Apakah hukuman yang paling berat boleh dikenakan terhadap orang yang bersalah kerana

a)     mencedera atau membunuh ular sawa?
b)     Denda sehingga RM3 000
c)     Dikenakan hukuman penjara.
d)     Dihukum penjara dan denda RM3 000 Denda RM3 000 atau dihukum penjara


5 Ular sawa tidak boleh dipukul atau dibunuh kerana

a)     hukumannya sangat berat.
b)     ia merupakan sejenis binatang yang dilindungi.
c)     kita hanya boleh lari apabila terjumpa ular sawa.
kita boleh dihukum penjara
       


Latihan 1 tatabahasa ( simpulan bahasa)

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul teruskan dengan latihan.

1.      Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________ orang-orang kampung.
  1.   ?    buah mulut
  2.   ?    buah hati
  3.   ?    buah tangan
  4.   ?    buah fikiran
2.      Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang ___________________ .
  1.   ?    mati kutu
  2.   ?    mati lemas
  3.   ?    mati katak
  4.   ?    mati syahid
3.      Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
  1.   ?    air muka
  2.   ?    darah daging
  3.   ?    gaji buta
  4.   ?    titik peluh
4.      Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
  1.   ?    gelap mata
  2.   ?    mulut tempayan
  3.   ?    kepala angin
  4.   ?    cepat tangan
5. Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
  1.   ?    cahaya mata
  2.   ?    banyak mulut
  3.   ?    hidung tinggi
  4.   ?    tahi lalat

Wednesday 1 February 2012

~warna warni power point~



Inilah hasilnya...






Jarang sekali saya membuat power point berwarna -warni seperti ini.

 namun untuk menarik minat murid saya, saya cuba menjinakkan dengan pelbagai warna 

kehidupan. 

Tuesday 31 January 2012

kenapa kita ketawa?

HAHAHAHAHA



1.      Mengurangkan stress
2.     Memperbaiki aliran dan tekanan darah
3.     Merupakan senaman
4.     Meningkatkan ketahanan tubuh
5.     Menghilangkan kesakitan.
6.      Meningkatkan kemahiran bersosial
7.      Mengurangkan agresif
8.     Memberi tenaga kepada organ dalaman